Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Anjur MY AI NEXUS 2024, Langkah Pertama Jayakan Gagasan AI Negara

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, terdapat beberapa objektif program tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Ia bagi menunjukkan keupayaan Malaysia menerima teknologi AI dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan mempromosikan peluang pengajian dan penyelidikan dalam bidang AI Malaysia.
“Malah, ia dapat memperkenalkan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) di UTM sebagai penyedia Pendidikan AI di Malaysia bersama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang lain serta mewujudkan peluang jaringan dan kerjasama antara IPT, Industri, agensi kerajaan dan individu yang aktif dalam bidang AI.
“MY AI NEXUS juga memperkenalkan produk AI yang dihasilkan oleh penyelidik IPT dan pemain industri melalui pameran dan forum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MY AI NEXUS diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Turut dirasmikan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) UTM selain AI Talent Roadmap for Malaysia (2024-2030) dan juga Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan penubuhan FAI pertama di Malaysia ini, ia mencerminkan kerjasama antara KPT dengan UTM sebagai langkah strategik Kerajaan MADANI yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan, hasil kesatuan pemikiran dan tindakan daripada warga KPT, UTM, dan pelbagai pihak,” ujarnya.

KPT menjelaskan, Manakala pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta pemantapan ekosistem pemboleh daya bagi sektor pendidikan tinggi dalam pelaksanaan kecerdasan buatan dimantapkan melalui penubuhan Malaysia Artificial Intelligence Consortium atau MAI Consortium.

Konsortium dalah inisiatif kerjasama antara institusi akademik, agensi kerajaan, dan industri di Malaysia, berobjektifkan kemajuan kecemerlangan AI, pertukaran ilmu dan kolaborasi, serta pemacuan inovasi dan impak. Kepentingan Konsortium MAI ini diukur dari segi aspek Accelerating Progress, Cross-Pollination of Ideas, Industry Adoption dan Education and Capacity Building.

“Inisiatif ini selari dengan Malaysia AI Roadmap 2021–2025 di bawah Inisiatif Strategik Bakat AI, yang bertujuan untuk menawarkan pendidikan AI bersifat komprehensif dan inklusif bagi memenuhi permintaan 200,000 bakat AI di negara ini,” tambahnya lagi.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd