Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Peruntuk RM174 Juta Kepada PEKB Sejak 2013, Tingkat Taraf Hidup Golongan B40 Menerusi Keusahawanan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah peruntuk sejumlah RM174 juta kepada Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi melatih seramai 16, 955 usahawan di seluruh negara sejak tahun pelaksanaannya pada 2013.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata usaha ini membuktikan komitmen berterusan kementerian dalam membantu golongan miskin bandar, sekaligus menyumbang secara aktif kepada pembangunan ekonomi negara.

KPKT peruntuk RM174 juta kepada PEKB sejak 2013

Katanya, berdasarkan kepada Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Anwar Ibarhim baru-baru ini, sebanyak RM11 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan PEKB yang dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 1, 060 peserta dari seluruh Malaysia.

“Pihak NGO diamanahkan untuk melatih peserta PEKB bagi memulakan perniagaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah seterusnya keluar daripaada garis kemiskinan,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 29 Badan Bukan Kerajaan  (NGO) pelaksana telah dipertanggungjawabkan untuk melatih peserta dan memastikan setiap peserta menerima latihan keusahawanan yang berkualiti serta bimbingan secara berterusan bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam mengusahakan perniagaan mereka sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemilihan yang dibuat secara terbuka ini berlandaskan sistem meritokrasi dan rangking bagi memastikan NGO yang dipilih adalah NGO yang terbaik dan kompeten untuk melatih peserta PEKB,” ujarnya.

Sementara itu, peserta PEKB yang terdiri daripada golongan B40 kumpulan isi rumah terendah akan diberikan latihan keusahawanan selama tujuh hari untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian perniagaan dan keusahawanan.

Latihan ini bertujuan untuk memastikan peserta PEKB mampu mengusahakan perniagaan dan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup agar keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Para peserta juga turut diberikan peralatan perniagaan selepas tamat menjalani latihan tersebut bagi membolehkan mereka terus memulakan perniagaan.
“Pihak NGO yang telah dilantik juga akan memantau aktiviti perniagaan peserta PEKB selama enam bulan bagi memastikan mereka mampu menjana pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM750 iaitu di atas Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Per Kapita yang terkini,” jelasnya.

Dalam pada itu, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI iaitu memastikan tiada rakyat yang terpinggir, KPKT dengan kerjasama strategik NGO kekal komited dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan di bawah Program PEKB.

Artikel lain: KPKT Jalin Kerjasama Dengan UN-Habitat, Bina Pejabat Berpangkalan Di Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan isu kemiskinan bandar yang semakin membelenggu, sekaligus menjami kesejahteraan dan kelangsungan hidup komuniti khususnya di bandar.

KPKT akan terus kekal komited untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dengan NGO dalam melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang berfokus kepada pembasmian kemiskinan bandar dan peningkatan kesejahteraan komuniti.

Usaha bersepadu ini bukan sahaja memberi peluang kepada golongan yang terpinggir untuk meningkatkan taraf hidup mereka, tetapi juga merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI dalam membangun sebuah masyarakat yang inklusif, sejahtera dan mampan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd