Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPDN Laksana Jualan Rahmah Beras Esok, Bantu Ringan Beban Rakyat

Susulan peningkatan harga beras, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras untuk rakyat mulai esok bagi membantu meringankan beban.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh memaklumkan program tersebut akan menawarkan harga diskaun beras kepada rakyat terutamanya golongan B40.

“Tunggu esok, kita lancar Jualan Rahmah Beras. Rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau akan memberi penjelasan dengan lebih terperinci mengenai perkara tersebut dalam jangka masa terdekat kepada umum.

“Sebenarnya berkenaan kawal selia padi dan beras, kita semua tahu ia berada di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) daripada A sampai Z.
“Beras adalah barang kawalan, KPDN tidak ada punca kuasa untuk mengawalnya, harga pun kita tidak ada kuasa (untuk kawal), tetapi setiap hari kita mendengar rintihan rakyat, ada yang merayu. Saya juga mendengar rintihan Ahli Parlimen yang mewakili rakyat.
“Jadi, KPDN cuba mencari jalan bagaimana dalam ruang lingkup bidang kuasa kita boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Dunia

Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya. “Di mana...

Sosial

Seorang bekas komando dari Bangi, Mohd Azuan Asmuni, 40, terus menunjukkan semangat juang luar biasa selepas disahkan menghidap kanser pada 2023, walaupun berdepan pelbagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd