Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Korea Selatan: Mogok Doktor Pelatih, Kerajaan Mula Ambil Tindakan

Menteri Kesihatan Korea Selatan, Cho Kyoo-hong pada Isnin berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan “mogok secara haram” dan mengingkari arahan supaya kembali bertugas.

Kira-kira 9,000 doktor pelatih tidak hadir bertugas buat hari ke-14 berturut-turut pada Isnin kerana membantah rancangan kerajaan untuk menambah 2,000 lagi tempat di sekolah perubatan mulai tahun depan berbanding 3,058 sekarang.

Doktor pelatih mogok

Artikel lain: 1,912 Calon Simpanan Doktor Kontrak Dilantik Isi Baki Kekosongan Jawatan Tetap

“Kerajaan tegas dalam prinsip menentang protes besar-besaran itu,” lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Cho pada mesyuarat mengenai isu tersebut.
“Mulai Isnin, pihak berkuasa kesihatan akan memulakan siasatan di hospital bagi menentukan sama ada doktor pelatih telah kembali bekerja dan mengambil langkah mengikut undang-undang dan prinsip tanpa pengecualian jika mereka masih enggan bertugas,” katanya.

Pegawai kementerian berkata pihak berkuasa juga memulakan prosedur untuk menggantung lesen kira-kira 7,000 doktor pelatih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan memberi tempoh sehingga Khamis untuk mereka kembali bekerja dan memberi amaran bahawa mereka boleh dikenakan tindakan, termasuk hukuman jenayah atau pembatalan lesen doktor.

Sehingga Khamis lepas, daripada 8,945 doktor pelatih yang enggan bekerja, 565 telah kembali bertugas, menurut Yonhap.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd