Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KLCC Bangga Dipilih Sebagai Lokasi Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

KLCC bangga jadi lokasi rasmi Sidang Kemuncak ASEAN

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menzahirkan rasa bangga setelah dipilih sebagai lokasi rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei, sekali gus menjadikan lokasi terbaik di Malaysia untuk penganjuran acara multilateral berskala besar.

KLCC bangga jadi lokasi rasmi Sidang Kemuncak ASEAN

KLCC bangga jadi lokasi rasmi Sidang Kemuncak ASEAN

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, KLCC menekankan protokol keselamatan dan memberi jaminan tiada sebarang ancaman keselamatan terhadap semua jemputan termasuk ketua negara, pegawai kerajaan, diplomat dan gabenor.

“Selain infrastruktur fizikal, nilai tambah pusat konvensyen ini merangkumi protokol keselamatan hasil kerjasama erat dengan pegawai kanan polis, pihak berkuasa lalu lintas dan pasukan keselamatan khas.
“Kecekapan operasi turut membabitkan keupayaan kulinari, persekitaran terkawal dan jaminan keselamatan kukuh, menjadikan KLCC pilihan terbaik untuk delegasi antarabangsa yang mengutamakan kecekapan serta layanan mesra,” kata KLCC, baru-bari ini.

Dalam pada itu, KLCC juga memberitahu sentiasa menambah baik dan memperkenalkan teknlogi canggih yang sesuai akan keperluan delegasi antarabangsa dalam mengukuhkan kedudukan teratas dalam industri pengurusan acara perniagaan global.

KLCC bangga jadi lokasi rasmi Sidang Kemuncak ASEAN

Foto: Berita Harian

“Antara penambahbaikan terkini adalah paparan LED berdefinisi tinggi, sistem audio visual generasi baharu dan sistem kawalan bilik pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI).
“Inisiatif ini turut diperkukuhkan dengan protokol keselamatan siber bertaraf tinggi dan amalan pengurusan acara berkelestarian diperakui Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO), sekali gus meletakkan KLCC di barisan hadapan dalam penganjuran pengurusan acara yang selamat dan bertanggungjawab,” jelasnya.

Artikel lain: Juara Bangunan Seni Arkitek Terbaik Asia Milik KLCC, Jadi Tarikan Utama Untuk Pelancong

Untuk rekod, KLCC merupakan satu-satunya lokasi di Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah kepada beberapa Sidang Kemuncak ASEAN (pada 2005 dan 2015).

KLCC mula beroperasi pada 2005 dengan penganjuran lebih 22,000 acara, serta menerima lebih 29 juta pelawat dan menyumbang RM12.6 bilion terhadap ekonomi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd