Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KL Rovers Terpaksa Dijual Dengan Harga RM3.5 Juta Demi Masa Depan Pemain

Selepas isu tunggakan gaji dalam tempoh lama, kelab bola sepak Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) dilapor bakal dijual bagi menyelamatkan karier dan masa depan pemain serta pegawai pasukan tersebut.

Foto: Facebook KL Rovers

Menurut laporan Berita Harian, KL Rovers kehilangan pimpinan apabila pemilik asal mahupun Ahli Lembaga Pengarah kelab tersebut tidak tampil untuk membela nasib pasukan.

Persiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar tampil dengan rasa tanggungjawab mengadakan pertemuaan bersama pemain bagi menyelesaikan isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu perjumpaan, Syed Yazid diberi kepercayaan oleh majoriti untuk mencari pembeli baharu bagi meneruskan kelangsungan kelab itu yang kini menghuni tangga ketiga Liga A1 Semi Pro, selain berjaya layak beraksi di Piala Malaysia musim ini.

“KLFA bukan pemilik KL Rovers, tetapi mereka ahli gabungan kita. Mereka ada pemilik sendiri, tetapi sebagai ahli gabungan, KLFA perlu membantu juga.
“Pemain pun mahu terus bermain, jadi kita terpaksa mencari pembeli untuk kelab ini. Buat masa ini, ada dua pihak berminat untuk membeli KL Rovers.
“Satu syarikat tempatan manakala satu lagi syarikat dari luar negara yang saya tak boleh nak sebutkan buat masa ini. Nilai bersesuaian kita letakkan RM3.5 juta dan ia sekali dengan tunggakan gaji pemain,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Yazid akan mengadakan perbincangan lanjut berkenaan penjualan kelab itu dalam masa terdekat.

KL Rovers antara kelab yang mencatat pencapaian yang baik dalam saingan Liga Bolasepak Amatur selepas meraih naib juara Liga M3 dua musim berturut-turut pada 2022 dan 2023selain konsisten layak bermain dalam Piala Malaysia selama dua musim pada 2023 dan 2024.

Sumber: Berita Harian (Firdaus Hashim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd