Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKR Dan MOSTI Jalin Kerjasama Bagi Perkasa Program MYJalan

Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjalinkan kerjasama bagi memperkasa program MYJalan.

Ia termasuk bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan.

KKR dan MOSTI jalin kerjasama

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inovasi yang dihasilkan oleh KKR dan agensi di bawahnya dapat diketengahkan melalui program Sandbox.

“Melalui Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) dan CREAM, yang menerajui kajian dan inovasi sektor penyenggaraan infrastruktur dan pembinaan, pelbagai hasil inovatif telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
“Produk-produk ini berpotensi untuk diketengahkan dan digunakan secara meluas oleh sektor-sektor yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, beliau dan pengurusan tertinggi serta agensi kedua-dua kementerian mengadakan pertemuan di ibu pejabat KKR pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pertemuan selama hampir satu jam itu, pasukan MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu yang telah memberi impak kepada ekonomi dan rakyat.

“Antara pencapaian yang diketengahkan termasuklah Sandbox Pembinaan bersama Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) dan Kotak Pintar Lebuhraya Pintar bersama PLUS.
“Kedua-dua Sandbox ini berperanan sebagai pemangkin kepada penyelesaian masalah di lapangan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Alexander berkata, KKR berhasrat untuk melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang akan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan jalan raya termasuk perabot jalan.

“Ini termasuklah melihat kepada teknologi pembinaan jalan yang menggunakan bahan yang lebih berdaya tahan, tampalan jalan yang lebih berkualiti dan tahan lama, teknologi perabot jalan yang dapat meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan sebagainya.
“Ini sejajar dengan semangat Program MYJalan yang diketengahkan oleh KKR,” ujarnya.

Artikel lain: KKR Peruntuk RM135.8 Juta Kerja Selenggara Jalan, Cerun & Jambatan Di Negeri Sembilan

Program Sandbox ini akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain industri mengetengahkan inovasi dan teknologi mereka dalam ruang lingkup bidang kuasa KKR.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd