Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Virus Nipah: KKM Kekal Siap Siaga, Tiada Kes Dilaporkan Di Malaysia

KKM Kekal Siap Siaga

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes baharu jangkitan penyakit atau virus Nipah dilaporkan di negara ini setakat ini, susulan laporan wabak penyakit berkenaan yang berlaku di West Bengal, India.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejayaan Malaysia membendung penularan virus Nipah sejak September 1999 terus dikekalkan melalui pemantauan berterusan serta pelaksanaan langkah kesiapsiagaan kesihatan awam yang rapi.

KKM Kekal Siap Siaga

Menurut kementerian itu, penyakit Nipah merupakan penyakit berjangkit zoonotik yang disebabkan oleh virus Nipah (NiV), dengan keluang atau kelawar buah dikenal pasti sebagai perumah semula jadi.

Jangkitan kepada manusia boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan cecair badan haiwan atau individu yang dijangkiti, selain pengambilan makanan yang tercemar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Gejala lazim termasuk demam, sakit kepala, muntah, batuk, sesak nafas, sawan serta kekeliruan dan kebingungan, yang kebiasaannya muncul antara lima hingga 14 hari selepas pendedahan,” ujarnya.

KKM turut memaklumkan, komplikasi penyakit ini boleh melibatkan radang otak (encephalitis) serta masalah pernafasan serius, dengan kadar kematian dianggarkan antara 40 hingga 75 peratus.

Sehubungan itu, orang awam khususnya pengembara ke kawasan berisiko tinggi dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan diri, mengelakkan sentuhan dengan haiwan yang sakit serta tidak mengambil produk yang disyaki tercemar.

Artikel lain: Ada Bahan Terlarang! KKM Sasar Haramkan Rokok Elektronik Sistem Terbuka Tahun Ini

Dalam masa sama, pengembara dari negara berisiko turut disaran memantau tahap kesihatan masing-masing dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami sebarang gejala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun tiada kes dilaporkan sejak lebih dua dekad lalu, KKM menegaskan pihaknya terus memperkukuh saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), khususnya melibatkan pengembara dari negara berisiko.

“Pemantauan berterusan turut dipertingkatkan melalui kerjasama antara KKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerusi pendekatan One Health,” katanya.

Menurut KKM, setakat ini tiada kes penularan Penyakit Nipah dikesan dalam kalangan haiwan domestik atau liar di Malaysia.

Sumber: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd