Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kilang Didenda RM12,000 Jual Beras Hancur, Sorok Bekalan – KPKM

Sebuah kilang beras di Kota Setar, Kedah, didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Yan pada Isnin selepas mengaku bersalah menjual 250kg beras hancur kepada pihak tidak berlesen dan menyorok bekalan tidak direkodkan.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, dakwaan itu dijatuhkan susulan serbuan dilakukan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Kedah pada 7 Oktober lalu.

Kilang beras didenda

Foto hiasan: Berita Harian

“Pemeriksaan mendapati kilang itu telah menjual sebanyak 5 guni berisi beras gred hancur berjumlah 250 kilogram kepada pihak yang tidak memiliki lesen pada 24 September 2023.
“Selain itu, terdapat perselisihan kuantiti beras hancur dalam milikan berbanding penyata rekod stok yang diberikan oleh pengilang.
“Pihak KPB Negeri Kedah telah bertindak merampas 10,593.70 kilogram beras hancur berkenaan,” kata kenyataan tersebut hari ini.

KPKM berkata, kilang itu telah melakukan dua kesalahan yang pertama di bawah Peraturan 9(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 [PU(A) 624], iaitu tidak boleh menjual beras kepada mana-mana orang kecuali kepada pemegang Lesen Borong yang bukannya pengilang beras, pemegang lesen runcit, mana-mana orang bagi maksud pengilangan atau katering dan mana-mana pembekal beras di bawah kontrak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KPKM Nafi Wujud Kartel Kawal Harga Padi, Beras Dan Benih Padi

Foto hiasan: agricom.id

Kesalahan kedua pula terdapat perselisihan kuantiti beras dengan maklumat yang diberikan melalui Penyata Deklarasi Stok Beras Dalam Milik/Kawalan di bawah Seksyen 7(1)(a).

“Siasatan mendapati telah berlaku pelanggaran di bawah Seksyen 8(2) Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta yang sama.
“Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000.00 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000.00 bagi pertuduhan kedua ke atas Kilang Beras Seng Wor Sdn. Bhd. dan hasil rampasan bernilai RM25,000.00 dijadikan hasil kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, KPKM memberi peringatan kepada pengilang padi, pemborong dan peruncit beras selaku pemegang lesen supaya mematuhi peruntukan perundangan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan mengenai aktiviti berkaitan padi dan beras yang menyalahi undang-undang dinasihatkan supaya melaporkan kepada pihak KPB melalui saluran yang disediakan,” kata KPKM lagi.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd