Seorang nenek dijatuhi hukuman 20 tahun penjara setelah didapati bersalah menjadi ketua kepada sindiket penjualan dadah milik keluarganya.
Nenek jadi ketua dadah
Tertuduh yang dikenali sebagai Deborah Mason berusia 65 tahun turut dikenakan hukuman bersama tujuh ahli keluarganya yang lain di Mahkamah Mahkota Woolwich, London, Jumaat lalu.
Menurut hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Philip Shorrock terhadap Deborah dan keluarga telah menganggarkan jumlah keseluruhan mencecah selama 106.5 tahun penjara atas penglibatan jenayah dalam pengedaran dadah.
Menurut dokumen mahkamah memberitahu bahawa ahli keluarga defendan terlibat dalam mengumpul bungkusan kokain yang diimport, sebelum mengedarkannya ke seluruh London termasuk Bradford, Leicester, Birmingham, Bristol dan Cardiff antara April hingga November 2023.

Foto: People.com
Sindiket ini dipercayai telah mengangkut hampir satu tan dadah kelas A sepanjang tempoh tujuh bulan bersama keluarganya yang diketuai oleh Deborah.
Pendakwa raya, Charlotte Hole berkata bahawa Deborah telah mengambil 10 ahli keluarganya sendiri untuk bekerja bersamanya melakukan operasi haram tersebut.
Bukan itu sahaja, jenayah ini juga turut membabitkan beberapa individu bawah umur yang telah terpedaya dengan tawaran pulangan gaji yang lumayan sehingga merosakkan diri sendiri.
Artikel lain: PDRM Tiada Niat Jatuhkan Imej Kelantan, Rampasan Hampir RM22 Juta Bukti Komitmen Perangi Dadah
Difahamkan, pakar pendakwa raya dari Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS), Robert Hutchinson, mengklasifikasikan keluarga Deborah merupakan sebuah keluarga yang berpengaruh dan telah menubuhkan sebuah peerniaagaan jual beli jenayah yang sangat menguntungkan, namun akhirnya tumpah di tirai besi.
Sumber: BBC
