Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ketua Balai Polis Positif Dadah: KPN Tegas Tiada Layanan Istimewa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa tiada sebarang layanan istimewa atau ‘double standard’ diberikan terhadap seorang ketua balai polis yang ditahan selepas disyaki positif dadah ketika berada di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Jumaat lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pegawai berpangkat Inspektor itu telah ditahan serta-merta dan direman selama sehari bagi melengkapkan proses siasatan.

“Penahanan dan reman dilakukan bagi membolehkan kami menyusun serta melengkapkan kertas siasatan dan  setelah itu, kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Harian Metro

Tambah Razarudin, pegawai tersebut akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan akan meneruskan perkhidmatan dalam kapasiti yang lebih terhad sementara menunggu keputusan lanjut daripada pihak AGC.

Jelas beliau lagi, tiada individu dalam pasukan polis akan dilindungi sekiranya didapati melanggar undang-undang, termasuk pegawai kanan.

“Tindakan undang-undang dan tatatertib akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana anggota yang terlibat dalam jenayah. Sama ada orang awam atau anggota polis, semua tertakluk kepada undang-undang yang sama.
“Peringatan dan nasihat telah diberikan kepada seluruh anggota. Mereka yang ingkar akan menerima akibat sewajarnya,” tegas beliau.

Foto: thesun.my

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa turut mengesahkan bahawa pegawai berkenaan telah menerima arahan pertukaran ke Pulau Pinang pada hari yang sama dia ditahan.

Pesalah juga akan berdepan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes ini sekali lagi membuktikan komitmen pihak polis dalam memastikan integriti dan disiplin dalam kalangan anggotanya terus dipelihara, tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd