Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KETEQ AI: Sarawak Cipta Sejarah, Perkenal Peranti Penukar Kuasa Berasaskan AI Pertama Dunia

Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI, peranti penukar kuasa pertama di dunia yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pencapaian itu adalah antara hasil utama di bawah inisiatif Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030 yang bertujuan menjadikan Sarawak sebagai hab berteknologi tinggi di rantau Asia Tenggara.

KETEQ AI

KETEQ AI

“Pembangunan Penukar Kuasa AI Edge ini bukan sekadar hasil dasar, malah menjadi pemangkin perubahan besar buat Sarawak. Inovasi ini mewakili lonjakan transformatif dalam landskap teknologi kita,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau mengumumkan perkara itu semasa lawatan ke fasiliti CSA Catapult di Cardiff, Wales, semalam, di mana beliau menjelaskan bahawa projek KETEQ AI bermula pada 23 April tahun lalu susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara SMD Semiconductor dan CSA Catapult.

Abang Johari berkata, KETEQ AI direka bentuk dengan keupayaan mengesan dan membetulkan gangguan sistem secara automatik dalam tempoh kurang 0.1 milisaat, menjadikannya antara sistem paling responsif dalam bidang kawalan pintar dan elektronik kuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KARISMA MPP IPT 2025 Bukti KPT Komited Lahirkan Pemimpin Berjati Diri

KETEQ AI

Abang Johari berkata, teknologi itu adalah satu kemajuan besar yang membuktikan komitmen Sarawak dalam membangunkan keupayaan teknologi strategik sendiri. Peranti itu bukan sahaja menjanjikan kecekapan tenaga yang tinggi, malah direka untuk beroperasi pada platform berskala dengan keupayaan tindak balas masa nyata.

“KETEQ AI mempunyai potensi aplikasi yang luas, termasuk dalam grid pintar, sistem kenderaan elektrik, teknologi autonomi, Internet Industri Pelbagai Benda (IoT), sistem penyelenggaraan ramalan dan mekanisme kawalan kritikal,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Shariman Jamil turut mengadakan demonstrasi langsung prototaip tersebut bagi memperlihatkan kebolehannya mengendalikan pelbagai senario operasi kompleks.

Dengan slogan ‘Inovasi Sekelip Mata’, KETEQ AI membuktikan keupayaan bakat Sarawak dalam mencipta teknologi bertaraf dunia, sekali gus meletakkan Sarawak di peta global dalam bidang AI dan sistem tenaga pintar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abang Johari tiba di London semalam, bagi mengetuai delegasi kerajaan negeri dalam lawatan kerja lima hari ke United Kingdom sebagai sebahagian usaha memperkukuh kerjasama dalam pembangunan semikonduktor.

Program beliau termasuk pertemuan dengan Cambridge University Press and Assessment, London School of Economics and Political Science (LSE), serta menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara LSE dan kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak itu juga dijadual bertemu pegawai dari Persatuan Hidrokuasa Antarabangsa dan Perikatan Tenaga Boleh Diperbaharui Global, serta menyampaikan ucaptama pada pertemuan bersama pemain industri dan tokoh perniagaan terkemuka UK.

Beliau turut akan bertemu dengan pelajar Sarawak di UK dalam satu perhimpunan pada 3 Mei ini, di mana beliau dijangka berkongsi pandangan mengenai inisiatif pembangunan Sarawak dan mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd