Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Nak Cepat Cantik, Kesihatan Terancam! Wanita Tanggung Derita Akibat Produk Tanpa Kelulusan KKM

Nak Cepat Cantik, Kesihatan Terancam!

Gara-gara mencuba produk viral dari TikTok tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang wanita hampir kehilangan nyawa apabila disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap serius.

Mangsa, Debra King, 33, berkata dia hanya sempat mengambil empat biji suplemen sebelum mengalami simptom bengkak di kaki, demam panas dan kesukaran berjalan.

“Saya hanya ambil empat biji. Tiba-tiba kaki membengkak, badan panas dan saya rasa sakit bila bergerak. Masa tu saya fikir mungkin cuma tak sesuai… tak sangka buah pinggang saya rosak,” katanya.

Nak Cepat Cantik, Kesihatan Terancam!

Menurut Debra, dia dimasukkan ke hospital selama dua minggu dan disahkan menghidap Nephrotic Syndrome, iaitu masalah buah pinggang yang menyebabkan kebocoran protein dalam air kencing secara berlebihan.

“Berat badan saya susut 11 kilogram, seluruh tubuh jadi lemah. Lebih teruk, doktor sahkan darah beku terbentuk di kawasan rahim.
“Sekarang saya perlu cucuk jarum pencair darah dua kali sehari,” ujarnya.

Tambahnya, produk tersebut dibeli menerusi promosi di TikTok yang menjanjikan kesan putih dan kurus dengan cepat, namun dia tidak menyemak status kelulusan KKM sebelum mengambilnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang silap saya sendiri. Saya hanya fikir nak cantik cepat, tapi tak jangka sampai rosak organ,” katanya yang kini menjalani rawatan susulan.

Artikel lain: 4 Tahun Tunggu Uji Bakat, Gadis Menangis Gagal Program Dewi Remaja – “Ingat Cantik, Kurus Dah Cukup”

Debra tampil berkongsi kisahnya sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan produk viral di media sosial tanpa memastikan ia selamat dan diluluskan pihak berkuasa.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan sebelum ini menasihatkan pengguna agar sentiasa menyemak status notifikasi sesuatu produk di laman rasmi KKM sebelum membeli atau mengambil sebarang suplemen.

Sumber: FB Debra King

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa jutaan nyawa berjaya diselamatkan selepas beliau menandatangani pelan damai antara Thailand dan Kemboja ketika berada di Malaysia....

Dunia

Usaha Malaysia memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja mendapat perhatian meluas apabila ribuan rakyat Kemboja membanjiri laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Dunia

Tular di media sosial, video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian dunia...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd