Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Prebet Muqriz: Dia Sangat Meminati Bidang Ketenteraan – Ibu

Pemergian Prebet Muhammad Muqriz Aseri, yang meninggal dunia pada Isnin lalu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya.

Foto: Isu Semasa Online

Menurut laporan Bernama, ibu Allahyarham, Nor Azlina Zambri, 45, menyifatkan anak keduanya itu sebagai seorang yang sangat meminati bidang ketenteraan dan telah lama bercita-cita untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Nor Azlina menyatakan bahawa anaknya yang berusia 21 tahun berjaya mencapai impian tersebut pada Disember 2023 selepas dua kali mencuba.

“Angah (Muhammad Muqriz) pernah bergurau mahu berkahwin awal kerana tidak mahu tinggal di bilik bujang di kem tempat dia bertugas. Apabila ditanya, dia hanya cakap tiada apa-apa dan hanya bergurau saja,” kata Nor Azlina.

Bagaimanapun, kematian Muhammad Muqriz mengejutkan keluarga. Dalam satu kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan bahawa Allahyarham meninggal dunia akibat trauma tumpul pada dada.

Nor Azlina berkata sepanjang hampir 10 bulan Allahyarham berkhidmat di Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, Sarawak, anaknya tidak pernah menceritakan sebarang masalah yang dihadapinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Angah sudah bertugas selama 10 bulan di kem berkenaan dan tidak pernah bercerita apa-apa. Cuma seminggu selepas ditempatkan di Sarawak, dia ada mengadu tidak tahan dan mahu berhenti secara baik.
“Kami memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya supaya dia terus kuat. Tidak lama selepas itu arwah beritahu semua sudah okay,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, kenangan terakhir bersama Allahyarham adalah ketika arwah pulang bercuti selama 10 hari dan sempat menjalani ibadah puasa bersama keluarga.

Walaupun sedih dengan pemergian anaknya, Nor Azlina menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia serta berharap kejadian sumpama ini tidak akan berulang kepada mana-mana anggota lain.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Aseri Ismail, 49, berkata walaupun kehilangan anak tersayang, beliau tidak pernah menyesal membenarkan Muhammad Muqriz menyertai ATM bahkan berbangga kerana anaknya berpeluang berkhidmat untuk negara.

Foto: Isu Semasa Online

Jenazah Muhammad Muqriz telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Petaling Jaya pada 11.55 malam semalam.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Sukan

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, mencuri perhatian ramai apabila memilih untuk bertutur dalam Bahasa Melayu ketika ditemu bual...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd