Polis merakam keterangan daripada tujuh individu termasuk pensyarah, penuntut Universiti Malaya (UM) dan seorang aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di universiti tersebut.
Foto: Astro Awani
Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa menjelaskan bahawa bangkai kucing yang ditemui pada 21 Disember telah diserahkan oleh aktivis kepada pihak polis untuk pemeriksaan lanjut.
“Proses bedah siasat bangkai kucing itu akan dijalankan esok (Jumaat), termasuk bangkai kucing yang ditemui pada 25 Dis di tempat letak kereta Fakulti Sukan dan Sains Eksesais UM,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Foto: Instagram KMUM
Kelab Kucing Malaysia sebelum ini telah menggesa agar siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Presiden kelab tersebut, Khalid Rashid menyatakan bahawa pihaknya tidak mempersoalkan siasatan pihak berkuasa tetapi berharap kes tersebut dapat diteliti semula dengan bantuan pakar.
Artikel lain: Satu Lagi Penemuan Bangkai Kucing, Anjing Di Universiti Malaya
Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terlibat pada 22 Disember menunjukkan terdapat sekumpulan anjing liar yang telah menyerang kucing tersebut.
Pihak polis telah merujuk kes ini kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mengesahkan kematian kucing tersebut berpunca daripada serangan anjing liar.
Sumber: BERNAMA