Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Farah Kartini: Pembelaan Mahu Teliti Dokumen Sebelum Buat Keputusan Fail Representasi

Pihak pembelaan kepada Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, yang didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah tahun lalu memaklumkan bahawa mereka memerlukan masa untuk meneliti dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan sama ada akan mengemukakan representasi atau sebaliknya.

Pembelaan mahu teliti dokumen

Menurut laporan Sinar Harian, peguam Aida Zainuddin yang mewakili tertuduh berkata, setakat ini pihak pendakwaan telah menyerahkan beberapa dokumen penting termasuk laporan patologi, kimia dan forensik.

Foto: Sinar Harian

“Buat masa ini, kami perlu meneliti keseluruhan dokumen yang telah diterima sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Kami akan maklumkan kepada mahkamah sekiranya representasi akan difailkan dalam prosiding akan datang,” katanya.

Kes disebut di hadapan Timbalan Pendaftar Nadia Othman, manakala pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Foto: Carian Google

Artikel lain: Kes Bunuh Farah Kartini: Tertuduh Minta Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah menetapkan 10 September depan sebagai tarikh sebutan kes seterusnya.

Terdahulu pada 12 Jun tahun lalu, Muhammad Alif, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini, 25, di sebuah ladang kelapa sawit di SKC Kledang, Hulu Bernam, antara jam 9 pagi pada 10 Julai 2024 hingga 6 petang pada 15 Julai 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: BH

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukka hukuman mati atau penjara tidak lebih 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 sebelum mayatnya ditemukan lima hari kemudian di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd