Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Di KLIA, KPN Percaya Hafizul Akan Ditangkap Dalam Masa Terdekat

Gambar suspek terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 telah diedarkan ke semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran.

Menurut satu laporan Bernama, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan tersebut dikeluarkan setelah pihak polis berjaya mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Foto: Google

“Kejadian tersebut menyebabkan seorang pengawal peribadi cedera parah.
“Pihak polis turut memperketatkan kawalan di lorong tikus di sempadan negara bagi mengelakkan suspek yang dikenal pasti sebagai Hafizul Harawi, 38, meloloskan diri ke negara jiran,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, Hafizul dipercayai masih berada di dalam negara sekali gus memberitahu usaha pihaknya untuk mengesan lelaki tersebut sedang giat dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya percaya dengan kecekapan anggota saya, Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas soal kejadian menembak yang berlaku, Razarudin berkata siasatan awal mendapati suspek menggunakan pistol separa automatik berkaliber sembilan milimeter.

Foto: Astro Awani

“Polis telah menemukan tiga kelongsong peluru di tempat kejadian di mana satu daripadanya tidak meletup, kami mengesyaki Hafizul memperoleh pistol berkenaan dari negara jiran.

Untuk makluman, seorang lelaki bertindak melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang merupakan pengawal peribadi kepada isterinya kira-kira pada 1.30 pagi semalam di KLIA Terminal 1.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain melaporkan bahawa polis melancarkan operasi mengesan suspek dan turut mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejakinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Maxim Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berhubung dakwaan bahawa dua aplikasi e-hailing yang dikendalikannya, Maxim dan InDrive, beroperasi secara haram....

Dunia

Satu kejadian tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Situbondo, Jawa Timur apabila dilaporkan disiram dengan cecair mudah terbakar (spiritus) sebelum dibakar...

Bisnes

Harga minyak global turun merosot pada awal dagangan hari ini hampir AS$1 rentetan jangkaan perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Harga minyak...

Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd