Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Counter Setting: 20 Pegawai Imigresen Sudah Dibuang Kerja, 227 Lagi Disiasat

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan tegas dengan membuang kerja seramai 20 pegawai yang terbabit dalam kegiatan rasuah di pintu masuk negara, khususnya melalui sindiket penetapan kaunter atau counter setting.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu dilaksanakan dalam tempoh 2022 hingga Rabu lalu selepas mahkamah mendapati mereka bersalah, selain siasatan dalaman jabatan yang mengesahkan salah laku berkenaan.

Menurutnya, 227 pegawai lain kini masih dalam siasatan atas kesalahan sama, manakala kes pegawai pengurusan profesional dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

counter setting

“Sepanjang tahun lalu sahaja, 254 kes tatatertib berjaya diselesaikan, manakala tahun ini sehingga Rabu lalu sebanyak 199 kes sudah ditangani. Selain itu, 74 kes lain yang melibatkan pelbagai kesalahan masih dalam proses siasatan,” katanya.

Zakaria menegaskan tindakan keras, termasuk pemecatan, membuktikan JIM tidak berkompromi terhadap kakitangan yang menjejaskan integriti perkhidmatan serta keselamatan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Counter Setting: 27 Direman,18 Pegawai Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan

Katanya, siasatan dalaman boleh mengambil masa antara enam bulan hingga tiga tahun kerana memerlukan bukti kukuh, dan dalam tempoh itu ada pegawai diturunkan pangkat, ditahan gaji atau digantung tugas.

Pegawai yang dipecat dan disiasat itu sebelum ini bertugas di pintu masuk utama negara termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam serta Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor.

counter setting

Foto: Carian Google

Media sebelum ini melaporkan kewujudan rangkaian kartel melibatkan pegawai kanan yang merekrut anggota baharu untuk terlibat dalam rasuah melalui sindiket counter setting.

Kegiatan counter setting itu dikesan sejak 2017 dan mereka yang enggan menurut arahan kumpulan berkenaan didakwa dipulaukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zakaria berkata, tindakan selanjutnya akan diambil terhadap lebih ramai pegawai yang terbabit hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

counter setting

Foto: Buletin TV3

Bagi memperkukuh integriti, sejak tahun lalu JIM mewajibkan pegawai di jawatan kritikal termasuk di pintu masuk negara serta kaunter pekerja asing membuat perisytiharan harta. Kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada tindakan tatatertib.

Katanya, JIM turut menjadi agensi penguat kuasa dengan jumlah penempatan pegawai SPRM tertinggi apabila 10 kader SPRM ditempatkan khusus untuk pemantauan dalaman.

“Penempatan ini bertujuan memperkukuh pengawasan, meningkatkan pengesanan awal salah guna kuasa dan memastikan perkhidmatan Imigresen selari dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP),” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3 (Sariha Mohd Ali dan Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher di Batu Pahat, baru-baru ini mempunyai kaitan dengan pengaruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd