Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Cinta Ditolak, Pekerja Pembersihan Didakwa Bunuh Dua Beranak

Seorang pekerja pembersihan sebuah kilang didakwa atas dua pertuduhan hari ini iaitu membunuh Zulkifli Ibrahim dan anaknya, Siti Zulaila Zulkifli di sebuah pangsapuri di Jalan Lengkok Angsana, Ayer Itam, Georgetown pada Khamis lalu.

Foto: NSTP

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh, Muhammad Farhan Izzuddin Rosman mengangguk faham selepas jurubahasa membaca kedua-dua pertuduhan di hadapanMajistret Nadratun Naim Mohd Saidi pada prosiding yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Tertuduh dikatakan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tuduhan pertama dan kedua, Farhan dituduh melakukan bunuh sehingga maut ke atas Zulkifli dan Zulaila di hadapan lif Blok 1 Sri Ivory Apartment, Jalan Lengkok Angsana, antara jam 12.54 hingga 1.25 tengah hari 7 November lalu.

Kedua-dua apertuduhan dihadapkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau tidak lebih 40 tahun serta tidak kurang 12 kali sebatan.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes ini dibawa ke mahkamah dimana  Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh hadir tanpa peguam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, motif kejadian dipercayai berpunca dari penolakan cinta apabila mangsa wanita tidak berminat dengan suspek.

Sebelum tragedi ini berlaku, suspek didakwa pernah menggugut untuk membunuh keluarga mangsa.

Kejadian berlaku apabila Siti Zulaila yang baru pulang dari tempat kerja telah ditikam oleh suspek yang bersenjatakan pisau di hadapan lif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa mangsa yang cuba menyelamatkan anaknya turut ditikam oleh suspek semasa cuba meleraikan kejadian tersebut.

Sumber: Berita Harian (Zuhainy Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd