Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Serang Anak Rafizi: Polis Rakam Enam Keterangan, CCTV Beri Petunjuk Baharu

Polis Selangor mengesahkan sudah merakam keterangan enam individu termasuk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan isterinya, berhubung insiden serangan terhadap anak tunggal mereka di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, keterangan itu diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, selain pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

rafizi

Foto: Sinar Harian

“Setakat ini, enam rakaman percakapan sudah diambil. Siasatan awal menerusi CCTV memberi petunjuk awal yang membantu pihak polis mengembangkan siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 324 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

Artikel lain: Serang Anak Rafizi: Dua Individu Dipercayai Guna Nombor Plat Palsu

Mengulas mengenai dakwaan ugutan yang diterima isteri Rafizi melalui aplikasi WhatsApp, Shazeli berkata pihaknya belum menerima laporan rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita galakkan laporan polis dibuat untuk dijadikan rekod dan memudahkan tindakan lanjut. Walaupun begitu, apa sahaja maklumat tetap akan disiasat bagi mengesahkan kebenarannya,” jelasnya.
rafizi

Foto: The Star

Pada Rabu, Rafizi mendedahkan anaknya yang berusia 12 tahun ditarik dan dicucuk jarum suntikan oleh seorang lelaki ketika mereka baru memasuki kereta untuk beredar.

Hasil semakan awal mendapati dua suspek menaiki motosikar, berpakaian serba hitam, memakai topi keledar penuh dan dipercayai mengekori kenderaan isterinya sebelum bertindak menyerang.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd