Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kerjaya ‘Hancur’, Pelakon Squid Game Didakwa Atas Pertuduhan Berkelakuan Tak Senonoh

Siapa sangka, dengan tuduhan menyentuh seorang wanita dengan cara tidak senonoh, pelakon filem Netflix tersohor berjudul Squid Game iaitu Oh Young Soo telah menyebabkan kerjaya seninya musnah.

Memetik portal Soompi, seorang wanita tampil membuat laporan polis terhadap pelakon berusia 78 tahun itu kerana telah memegangnya dengan cara tak senonoh pada tahun 2017 lalu.

“Pada 25 November, Pejabat Pendakwa Daerah Suwon cawangan Seongnam melaporkan Oh Young Soo didakwa atas tuduhan melakukan serangan tidak senonoh. Oh Young Soo dituduh menyentuh badan wanita secara tidak senonoh pada pertengahan 2017,”ujar sumber.

Tambahnya, polis menerima aduan daripada mangsa pada Disember 2021 dan awalnya siasatan lanjut diterusnya sehingga Februari 2022. Namun, pihak polis mengatakan kes tersebut tidak perlu diteruskan pada bulan April setelah meneliti keterangan saksi serta semakan pendapat peguam.

Namun begitu, Oh Young Soo  yang merupakan pemenang Anugerah Golden Globe sekeras-kerasnya menafikan telah melakukan perbuatan tersebut.

“Saya hanya memegang tangannya untuk membimbing jalan mengelilingi tasik.
“Saya memohon maaf kepada orang itu memandangkan dia berkata tidak akan membuat kekecohan mengenainya. Tetapi, itu tidak bermakna saya mengakui pertuduhan,”ujarnya.

Sususlan itu, segala siaran iklan yang menampilan melibatkan Oh Young Soo telah dihentikan sehingga kes ini diselesaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Oh Young Soo muncul dalam siri Netflix “Squid Game” sebagai Oh Il Na, yang menghidap tumor otak dan memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki terbaik dalam kategori TV di Anugerah Golden Globe di Amerika Syarikat pada Januari tahun ini.

Sumber: Soompi

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dalam usaha meredakan ketegangan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India mengadakan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian melibatkan isu yang timbul sejak...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd