Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kerjasama Ditolak, Tun M Kata Muhyiddin Nak Jadi PM Kali Kedua – “Bukan Main Sombong”

Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali lagi gagal apabila ditolak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan BH Online, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu menjelaskan, ia kerana PN dilihat telah merancang untuk bertanding di banyak kerusi parlimen.

Malah, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dikatakan masih berminat bagi menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua.

“Kita pun fikir tak apa, walaupun dia (Muhyiddin) pernah tikam belakang saya, tapi untuk bangsa, negara dan agama, saya sanggup rendahkan diri untuk kerjasama bersama dia.
“Tapi bila kita cuba kerjasama bersama PN, dia jawab tak nak kerjasama. Bukan main sombong, konon dia boleh menang…
“…bila letak calon di 222 kerusi parlimen dan dia boleh jadi Perdana Menteri kali kedua,” kata bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu malam tadi.

Melihat kepada situasi tersebut, warganet mempersoalkan bagaimana parti lawan mahu bergabung untuk menjatuhkan UMNO jika kedua-duanya dilihat saling ‘merebut’ jawatan Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana mungkin negara dipimpin dua Perdana Menteri serentak? Justeru, rata-rata warganet menyindir kenyataan Tun M sekiranya beliau sendiri yang berminat untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Diri sendiri nak jadi Perdana Menteri? Cukup-cukuplah

Yang pasti Barisan Nasional (BN) jadi pilihan!

Tragis juga, semua parti tolak kerjasama

Mengaku je la Tun…

Dua-dua sama je nak jadi Perdana Menteri

Sementara itu, Tun M yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menyifatkan Muhyiddin sukar untuk kembali menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua.

Beliau berkata, ini kerana PN tidak akan menang 111 kerusi parlimen dengan mudah apatah lagi Muhyiddin hanya pernah berkhidmat selama setahun.

“Dia masih minat nak jadi Perdana Menteri, tapi PN tak akan boleh menang 111 kerusi. Dia bukan jaguh yang berkhidmat bertahun-tahun dan menyumbang kemajuan negara.
“Bila dia jadi Perdana Menteri, dia hanya minta penyokong saya menyokong dia agar dia menjadi lebih kuat.
“Walaupun penyokong saya kini tinggal tiga orang sahaja, kami tak akan sokong orang yang pernah mengkhianati kita,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama dengan GTA seperti dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi PH akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.
“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” kata Saifuddin.

Sumber: BH Online (M Hifzuddin Ikhsan)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd