Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerjasama Dengan Rakan Baik? KJ Tak Tolak Gandingan ‘Khairy-Rafizi-Nurul Izzah’

Selepas dipecat daripada UMNO, Khairy Jamaluddin mengaku Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) ada menghubunginya mengenai pelawaan bagi menyertai parti tersebut.

Menurut laporan BH Online, bekas Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun memerlukan sedikit masa bagi menentukan sama ada memasuki parti yang sedia ada, menubuhkan parti baharu atau berehat daripada bidang politik buat sementara waktu.

“Buat masa ini, pelbagai pihak telah menghubungi saya, daripada kedua-dua belah pihak. Saya mengambil sikap berjumpa dan mendengar semua pihak.
“Saya pun 23 tahun dalam UMNO. UMNO lah yang saya kenal, saya tidak kenal parti lain. Jadi, saya pun nak memahami dengan lebih mendalam apa aspirasi parti masing-masing.
“Setelah saya mendengar semua pandangan, barulah membuat keputusan sama ada saya masuk parti sedia ada atau membuat parti baharu atau saya berehat untuk seketika. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya.

Ditanya berhubung kemungkinan menjadi calon Bebas atau mewakili mana-mana parti pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga mahu mengambil masa antara dua hingga empat bulan untuk membuat keputusan.

Sementara itu, beliau turut mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan dua rakan baiknya iaitu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam PKR tetapi ia bukan satu-satunya yang menjadi setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ya, saya tidak menolak pilihan ini. Namun, itu bukan satu-satunya pilihan yang ada, ada pilihan lain juga. Yang penting, apabila kita berjuang dalam politik, ia lebih daripada talian persahabatan.
“Talian persahabatan itu mungkin akan menjadi perkiraan saya tetapi perkiraan lebih besar ialah soal hala tuju parti berkenaan, dan sama ada saya percaya hala tuju itu sama dengan hala tuju saya sebagai orang politik,” ujarnya.

Jumaat lalu, Khairy dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO atas dakwaan ‘pelanggaran disiplin parti’.

Sumber: BH Online (Ahmad Suhael Adnan)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd