Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Pertimbang Sistem Baharu Di KLIA, Guna Imbasan Kod QR Lebih Efisien

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbangkan sistem baharu yang lebih efisien dengan memperkenalkan penggunaan imbasan Kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Foto hiasan

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, menjelaskan sistem ini bertujuan mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen di mana pengembara hanya perlu mengimbas Kod QR berisi maklumat peribadi dan butiran perjalanan.

Menurutnya, teknologi baharu tersebut dijangka dapat meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kesesakan di pintu-pintu masuk negara, terutamanya pada waktu puncak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penggunaan Kod QR akan diperluaskan ke pintu-pintu masuk utama negara yang bersesuaian, termasuk lapangan terbang antarabangsa yang lain dan pusat pemeriksaan di sempadan darat serta laut.
“Dengan adanya sistem yang lebih bersepadu ini, ia bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan imigresen, tetapi juga akan mengurangkan risiko rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kaunter imigresen,” katanya.

Foto: TheSun

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat, pada Isnin bagi menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) tentang langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan Persekutuan untuk menambah baik perkhidmatan di semua pintu masuk ke tanah air.

Tambahnya, pada masa kini, semua Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia sudah dilengkapi dengan mesin pengimbas pasport automatik yang mempunyai ciri-ciri canggih.

Kerajaan sentiasa menambah baik keupayaan teknikal pengimbas pasport dengan fungsi pengesanan pemalsuan dokumen menggunakan teknologi terkini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah memperluaskan kemudahan autogate kepada 53 negara baharu, termasuk 26 negara Kesatuan Eropah, 17 negara Eropah di luar EU, 6 negara Arab, dan 4 negara lain seperti China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan.

Kini, sejumlah 63 negara menikmati kemudahan autogate, yang dijangka dapat meningkatkan bilangan pelawat asing dari negara-negara tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Farah Shazwani Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd