Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kerajaan India Bayar Pampasan RM57,000 Kepada Traveller Sepanyol

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan kes pasangan traveller Sepanyol yang dirompak bahkan dirogol tujuh rakyat India di Jharkhand.

Menerusi laporan dari The Independent, kerajaan India dilaporkan telah membayar Rs10 lakh iaitu kira-kira RM57,000 kepada pasangan traveller berkenaan susulan isu tersebut.

Diserang, dirompak & dirogol

Terdahulu, wanita asal Sepanyol-Brazil itu didakwa telah dirogol secara beramai-ramai oleh tujuh lelaki sewaktu melakukan pengembaraan dengan motosikal bersama suaminya di India.

Menurut seorang pekerja sosial yang dapat bertemu dengan mangsa, wanita berkenaan dalam keadaan yang cukup kuat mentalnya walaupun mengalami trauma berpanjangan disebabkan kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kesemua suspek berjaya ditahan bagi membantu siasatan berhubung jenayah kejam tersebut.

Mangsa berusia 28 tahun bersama suami yang berumur 64 telah diserang sekumpulan lelaki di daerah Dumka di bahagian timur Jharkhand pada Jumaat tempoh hari.

Dia telah dirogol secara bergilir-gilir di hadapan suaminya kira-kira dua jam selepas pasangan itu memasang khemah untuk bermalam di kawasan Hansdiha, kira-kira 300 kilometer dari ibu negeri Ranchi.

Pasangan berkenaan yang melakukan pengembaraan dengan motosikal telah berlepas ke Nepal dan akan terbang ke Sepanyol untuk bersama keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga merancang untuk meneruskan pengembaraan terbabit selepas pulih dari pengalaman pahit tersebut walaupun tidak dapat memberikan tarikh yang tepat lagi.

Sumber: The Independent

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd