Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Belum Rancang Wajibkan Pemasangan Dashcam – Loke

Pihak kerajaan belum mempunyai perancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara ini.

Menerusi laporan Bernama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan walaupun kementerian menerima beberapa cadangan namun ia perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kos yang perlu ditanggung rakyat jika diwajibkan.

“Walau bagaimanapun, kami menggalakkan pemasangan dashcam terutamanya dalam kenderaan daripada pengeluar.
“Sekiranya mereka (pengeluar kenderaan) boleh memasangnya dalam kereta baharu mereka, kami sangat menggalakkannya, tetapi setakat ini kami tidak mewajibkannya,” katanya ketika ditemui di sebuah majlis di Kuala Lumpur, hari ini.

Foto: Bernama

Sementara itu, Loke turut menggalakkan pengusaha bas supaya memasang peranti ini bagi membolehkan rakaman digunakan sebagai bukti sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemasangan boleh digunakan sebagai bukti siapa yang bersalah dan siapa yang harus bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata demikian susulan terdapat 600,000 kes kemalangan jalan raya yang direkodkan dengan lebih 6,500 kematian mengikut statistik tahun lalu.

“Jika kita lihat statistik, kadarnya ialah 15 hingga 17 kematian setiap hari dan ini adalah jumlah yang besar.
“Bagi setiap orang yang meninggal dunia, bagi kami (kementerian) satu tragedi yang tidak seharusnya berlaku kerana kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika setiap pemandu mengambil sikap berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya,” tambahnya lagi.

Foto hiasan

Dalam pada itu, Loke berharap orang ramai dapat mengamalkan kadar pemanduan yang lebih baik, serta sentiasa berwaspada dan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya selepas ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Normah Osman dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli.

Sumber: Bernama

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd