Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Belum Berhasrat Laksana Semula GST, SST Beri Kesan Fiskal Lebih Cepat

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan belum berhasrat untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) berikutan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilihat lebih memberikan kesan fiskal yang lebih cepat.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, ia juga ditambah untuk memberi laluan terhadap pelaksanaan penyasaran subsidi pada tahun ini.

Foto: Buletin TV3

“Pelaksanaan GST akan dipertimbang apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian, terutama mengambil kira aspek kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi.
“Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenal percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan, sebelum menilai keperluan untuk memperkenal cukai kepenggunaan baharu seperti GST,” katanya.

Foto: comparehero.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) sama ada kerajaan berhasrat untuk memperkenal semula GST di Dewan Rakyat hari ini.

Hui Ying juga berkata, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu pelaksanaan semula GST atau sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan sebelum dilaksanakan.

“Ia untuk memastikan bersifat progresif, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi serta pada masa yang sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan,” ujarnya.

Foto: comparehero.my

Hui Ying turut memaklumkan kutipan cukai serta pemberian subsidi, insentif dan bantuan kerajaan perlu diberikan tumpuan utama kerana mempunyai hubung kait yang signifikan untuk menstabilkan kedudukan fiskal negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd