Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenyataan Azam Baki Dipertikai, Peguam Dakwa Pamela Ling Ditahan Secara Jelas

Peguam kepada wanita yang hilang ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April lalu, mendakwa anak guamnya, Datin Seri Pamela Ling Yueh, telah menjadi mangsa penganiayaan oleh suruhanjaya tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, peguam keluarga Pamela, Sangeet Kaur Deo berkata, walaupun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa Pamela bukan suspek dan tidak pernah dipanggil dengan niat untuk ditahan, tetapi dokumen mahkamah dan beberapa tindakan SPRM membuktikan sebaliknya.

Foto: theedgemarkets

Beliau mempersoalkan kenyataan tersebut memandangkan SPRM telah memohon dan memperoleh waran tangkap daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru bertarikh 2 Disember 2024, jauh lebih awal daripada tarikh Pamela ditahan.

“Penahanan di pintu masuk negara pada 8 Januari 2024, yang mana Pamela diserahkan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) kepada SPRM di pintu sempadan Malaysia-Singapura. Beliau kemudiannya dibawa ke pejabat SPRM Johor Bahru dalam keadaan bergari, sebelum dipindahkan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan dikurung dalam lokap semalaman,” katanya.

Notis penahanan dikeluarkan di bawah Seksyen 72(3), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, yang jelas menyatakan bahawa Pamela ditahan secara rasmi.

Foto: Media Sosial

Keesokan harinya, Pamela dibawa ke Mahkamah Majistret dan dikenakan perintah reman selama tiga hari dan selepas tempoh reman tamat, beliau dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM35,000 serta diarahkan untuk melapor diri setiap bulan kepada SPRM.

“Pamela turut dikenakan sekatan perjalanan, termasuk permohonan untuk pulang menjaga anak yang sakit ditolak.
“Tindakan SPRM bukan sahaja bertentangan dengan kenyataan rasmi Ketua Pesuruhjaya itu, malah dianggap sebagai bentuk intimidasi dan penyalahgunaan kuasa,” ujarnya.

Tambah beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini telah memberikan kebenaran kepada Pamela untuk mencabar kesahihan waran tangkap serta sekatan perjalanan yang dikenakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: alhijrah

Sangeet turut menggesa Tan Sri Azam Baki agar menjelaskan siapa yang mengarahkan penahanan dan layanan sedemikian terhadap Pamela, memandangkan beliau hanya seorang saksi yang telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan.

Menurutnya, tindakan seperti ini hanya akan terus menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd