Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kempen #ANTABersamaAnda Suntik Semangat Ramadan Melalui Sumbangan Kasut

Sempena bulan Ramadan yang mulia, jenama pakaian sukan global terkemuka ANTA memperkenalkan kempen sulung sumbangan kasut #ANTABersamaAnda yang memfokuskan terhadap intipati belas kasihan serta perpaduan.

ANTA akan mengumpulkan kasut-kasut terpakai di tempat penghantaran yang ditetapkan di Lembah Klang, iaitu The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru bermula hari ini hingga 5 April 2024.

Pengurus ANTA Malaysia, Pang Sook Fong berkata, dia percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan memberi kebaikan kepada kasut terpakai tetapi juga dapat mengurangkan kesan alam sekitar.

“ANTA sangat teruja untuk menerajui usaha bermakna ini khususnya pada bulan Ramadan di samping menjalinkan kemampanan dengan tanggungjawab sosial.
“Dengan menggunakan semula kasut yang digemari bagi memperkasakan individu yang kurang bernasib baik terutamanya kanak-kanak dan wanita…
“…kami berhasrat untuk membuat perubahan ketara dalam kehidupan mereka khususnya bagi memupuk masa depan yang lebih cerah .” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Kasut yang dikumpul sekurang-kurangnya 200 pasang  ini akan diedarkan kepada komuniti kurang berkemampuan dan tersenarai di bawah Teach for Malaysia dan Women of Will.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai menghargai sumbangan ini, setiap pelanggan yang menderma sepasang kasut akan menerima diskaun eksklusif untuk produk kasut ANTA terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.

“ANTA kekal teguh dalam komitmennya untuk memacu perubahan positif dalam komuniti melalui inisiatif yang mampan, kami percaya penyediaan produk sukan berkualiti tinggi bukan sahaja membolehkan mereka bergerak ke hadapan dengan yakin, malah dapat menaikkan semangat mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Untuk melengkapkan kempen #ANTABersamaAnda, ANTA akan menganjurkan beberapa siri acara di premis milik mereka bermula 15 Mac ini dan semestinya mempunyai tawaran dan hadiah menarik untuk dibawa pulang.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd