Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Kewangan Akan Selesaikan Isu Permohonan eMADANI Ditolak

Kementerian Kewangan akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMADANI yang ditolak, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

“Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan mengedarkan kalendar 2023 di Pasar Chowrasta di sini hari ini.

Lim berkata ramai individu yang sudah mendapat bantuan kredit eMADANi sebanyak RM100 sejak dilancarkan minggu lepas, namun terdapat juga permohonan yang ditolak walaupun individu berkenaan layak, justeru kerajaan akan melihat perkara itu dengan serius.

Isu permohonan eMADANI ditolak

Artikel lain: EMADANI Tak Boleh Ditebus Tunai, Jangan Jadi Mangsa ‘Scammer’

Mengulas mengenai pertikaian dalam media sosial susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas rombakan Kabinet Selasa lepas, Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata perkara itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kerana rakyat juga bebas bersuara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna… setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan.
“Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya yang menerima ucapan tahniah daripada Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Lim sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Nasional

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April meningkat kepada RM6.72 seliter berbanding RM6.02 sebelum ini. Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 tanpa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd