Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Buat Solat Hajat Di Jambatan Tendong, Lokasi Tumpuan Kes Bunuh Diri

Kerajaan Negeri Kelantan buat solat hajat di atas Jambatan Tendong selepas kerap menerima laporan berkenaan kes bunuh diri di lokasi terbabit.

“Kalau orang terjun atas masjid kita buat solat hajat atas masjid”

Memetik laporan dari Berita Harian, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memaklumkan yang solat hajat sebenarnya boleh saja dilakukan di mana-mana namun kerajaan negeri memilih lokasi berkenaan susulan banyak kejadian bunuh diri terjadi disitu.

“Orang terjun dari atas jambatan, bukan atas masjid. Kalau orang terjun atas masjid kita buat solat hajat atas masjid.
“Sebab dia (orang) terjun di sini (jambatan) kita solat hajat di sini. Namun, solat hajat boleh di mana-mana, tetapi kerana di sini tempat orang terjun kita buat di sini,” katanya.

 

Solat hajat di Jambatan Tendong, dihadiri 500 jemaah

Difahamkan, solat hajat tersebut telah diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang yang dihadiri lebih 500 jemaah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Artikel lain: Tengku Fa-Iz Petra Dilucutkan Gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Untuk rekod, sebanyak 17 kes terjun dari jambatan dilaporkan di Kelantan dalam masa empat tahun sahaja sejak 2021.

Menurut Pengarah Bomba Negeri Kelantan, Zainal Madasin, Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu menjadi lokasi paling banyak menerima laporan berkenaan kes tersebut iaitu sembilan kes diikuti empat kes di Jambatan Tendong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia juga turut berlaku  di Jambatan Salor dan Pak Nik Lah di Kota Bharu, Wakaf King (Tumpat) serta Tok Bali (Pasir Puteh).

Kesemua mangsa telah ditemui tidak bernyawa dan kematian disebabkan lemas.

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali), Facebook Mohd Nassuruddin Daud 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd