Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kekosongan Kerusi Kinabatangan, Lamag: SPR Mesyuarat Selasa Depan Bincang Urusan PRK

Kekosongan Kerusi Kinabatangan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Jumaat lalu.

SPR dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima pemberitahuan rasmi mengenai kekosongan itu daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr Johari Abdul pada 8 Disember 2025 serta Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya pada 9 Disember 2025.

Kekosongan Kerusi Kinabatangan, Lamag

Menurut peruntukan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sabah, kekosongan luar jangka berkenaan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dimaklumkan kepada SPR.

Sementara itu, Kadzim dalam kenyataan berasingan mengesahkan kerusi Lamag kosong berikutan kematian penyandangnya pada 5 Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pihak DUN Sabah telah menyerahkan perkara itu kepada SPR untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada.

Speaker turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun menegaskan dakwaan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa mengisytihar kekosongan kerusi Lamag kerana Allahyarham belum mengangkat sumpah adalah tidak tepat.

Artikel lain: PRN Sabah: Tiada Pertembungan Kerusi BN Dan PH – Mohamad Hasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hanyalah acara rasmi selepas berakhirnya pilihan raya dan tidak menjejaskan kedudukan kerusi.

SPR turut memaklumkan bahawa satu Mesyuarat Khas akan diadakan pada 16 Disember 2025 (Selasa) bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Kinabatangan dan Lamag termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan.

Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu enam hari selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, yang menyaksikan beliau mempertahankan kerusi Lamag dengan majoriti 153 undi.

Sumber: FB Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd