Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kekasih Song Joong-Ki Hamil? Agensi Malas Masuk Campur Hal Peribadi

Berita mengenai selebriti terkenal Korea Selatan, Song Joong-Ki kini sedang dilamun cinta bersama seorang wanita British bernama Katy Louise Saunders yang bualan daripada kalangan artis mengejutkan ramai terutama peminat.

Khabar itu disahkan sendiri oleh agensi, HighZium Studio yang memaklumkan pasangan itu dilaporkan berjumpa melalui kenalan mereka pada tahun lalu.

Malah, turut tular beberapa video memaparkan pelakon drama bersiri Vincenzo itu pulang dari Singapura di lapangan terbang bersama kekasih hatinya.

@calonmantugm

translator premium🤡 #songjoongki #songjongki #fyp #fypシ #fypage #GenshinImpact33 #masduda #vincenzo #rebornrich #sjk #foryoupage #송중기 #viral #kdrama

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Once Again – Amsyarleee

 

Kekasihnya yang juga bekas aktres berusia 38 tahun dikatakan menjadi guru bahasa Inggeris aktor bagi drama bersiri Vincenzo didakwa kerap menemani Joong-ki di beberapa majlis termasuk ketika berkunjung ke Singapura bagi mempromosikan Reborn Rich, baru-baru ini.

Tidak hairan dalam sesi sidang akhbar lebih sejam membabitkan kehadiran media rantau Asia Tenggara disusuli sesi temu bual khas tersebut, aktor berusia 37 tahun itu tampil yakin berbahasa Inggeris sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik sahaja hubungan percintaan Joong-ki dan kekasih diumumkan, turut tular spekulasi Saunders yang berdarah campuran Inggeris dan Colombia kini hamil.

Dakwaan itu timbul selepas ada sumber terserempak dengan mereka di sebuah klinik keluarga selain ada khabar mengatakan mereka akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Pun begitu, pihak agensi enggan melayan spekulasi berkenaan kerana ia melibatkan kisah peribadi Joong-ki sendiri. Pihak Joong-ki hanya mampu menafikan dakwaan berkenaan buat setakat ini termasuklah berita perkahwinannya.

Sekadar info, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016). Namun, bercerai tiga tahun kemudiannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Allkpop

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd