Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kekasih Sarat Hamil Kecewa Video Neymar Berparti Dengan 2 Wanita Tersebar

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah kelab malam bersama dua wanita tidak dikenali di Sepanyol.

Teman wanita Neymar luah kecewa

Memetik laporan dari dailymail, teman pemain kebangsaan Brazil itu, Bruna Biancardi telah meluahkan rasa kecewa diatas tularnya video Neymar berparti menerusi laman Instagramnya pada Rabu lalu.

“Saya sedar apa yang berlaku dan sekali lagi saya kecewa tetapi pada peringkat akhir kehamilan saya, tumpuan dan kebimbangan saya hanya kepada anak perempuan saya.
“Itu sahaja yang akan saya fikirkan buat masa ini. Saya berterima kasih kepada anda semua atas ucapan yang baik,” tulisnya.

neymar

Artikel lain: Neymar Mengaku Curang Terhadap Kekasih Hamil, Hilang 80,000 Pengikut Di IG

Neymar berparti, kekasih bakal bersalin lagi sebulan

Difahamkan, Bruna Biancardi akan bersalin anak hasil hubungannya dengan pemain bolasepak itu lebih kurang sebulan lagi memandangkan dia kini sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Neymar kini bermain di kelab Arab Saudi, Al Hilal apabila menandatangani kontrak yang cukup lumayan dengan bayaran RM14.4 juta seminggu.

Dia yang telah menamatka kontrak selama enam tahun dengan Paris Saint Germain telah tampil mewakili negaranya sebanyak 126 kali.

Sumber: Dailymail.uk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd