Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kekasih Larikan Diri, Wanita Terpaksa Kahwin Dengan Bakal Bapa Mentua

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seorang wanita dari Kampung Jikotamo, Obi, Halmahera Selatan, Indonesia terpaksa berkahwin dengan bakal bapa mentuanya disebabkan kekasih melarikan diri di hari pernikahan.

Menurut laporan Tribun Jatim, difahamkan pengantin perempuan sudah melakukan semua persiapan untuk hari bahagia namun segalanya bertukar hiba apabila pengantin lelaki tidak hadir pada hari berkenaan.

Susulan kejadian itu, keluarga pengantin perempuan terpaksa menanggung kerugian berjumlah Rp25 juta (RM7,630) disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pengantin lelaki.

Atas persetujuan kedua-dua belah pihak, wanita tersebut terpaksa bernikah dengan bakal bapa mentuanya bagi menjaga air muka keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walau bagaimanapun tetamu tetap hadir bagi memenuhi jemputan perkahwinan. Keluarga bakal pengantin lelaki kemudian memberitahu anak mereka tiba-tiba menghilangkan diri,” kata abang pengantin perempuan.

Sumber: Tribun Jatim

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd