Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar.
Bayi berusia lapan bulan itu merupakan permata hati yang ditunggu-tunggu ibu bapanya selama 13 tahun.
Terkini, berita gembira menimpa keluarga ini apabila pasangan suami isteri, Mohd Fikri Amri dan Sabrina Hakiem, menimang cahaya mata kembar tiga baru-baru ini.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Mohd Fikri menerusi Facebook semalam. Dalam perkongsiannya, beliau mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana isterinya selamat melahirkan tiga orang bayi perempuan pada hari Jumaat, 24 Oktober 2025.
Pasangan ini turut merakamkan penghargaan kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan Hospital Melaka yang bertugas ketika isteri beliau menjalani pemantauan selama 73 hari sebelum bersalin.
Artikel lain: Anak Maut Di Taska, Cikgu Sabrina Kembali Bertugas Selepas Cuti Sekolah
Kehilangan Anak Akibat Kecuaian Taska
Difahamkan, pasangan ini menerima tajaan rawatan IVF daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Bapa kepada Al Fateh itu juga meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya dan mengaitkan berita gembira itu dengan perancangan Ilahi.
“Al Fateh pasti tersenyum di taman syurga tengok mummy daddy dia sekarang ni. Rindu pada Al Fateh. Hari Jumaat Al Fateh dijemput menghadap PenciptaNya, Jumaat juga Allah hadirkan puteri-puteri adik Al Fateh kepada kami.
“Perancangan Allah adalah yang terbaik. Syukur dengan nikmatNya. Rezeki berganda datang pelbagai cara. Jangan pernah jemu memohon pertolongan kepada Allah SWT,” tulisnya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mengucapkan rasa syukur dan gembira atas berita bahagia yang menimpa keluarga itu.
Media sebelum ini melaporkan bapa mangsa, Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, mendakwa bayinya disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska terbabit.
Tindakan pengasuh tersebut dilihat bapa mangsa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
Lebih menyedihkan apabila Mohd Fikry Amri memaklumkan isterinya terpaksa membawa sendiri bayi itu ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah serta muka biru selepas dimaklumkan pihak taska.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Al Fateh adalah disebabkan lemas.
Bapa mangsa memaklumkan anaknya baru lima hari dihantar ke taska itu dan lebih menyayat hati, mereka sudah menunggu 13 tahun untuk dikurniakan zuriat.
Sumber: FB Mohd Fikry Amri












































