Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kebakaran Stor Simpanan Kabel Di Sabah, SESB Anggar Kerugian RM40 Juta

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menganggarkan kerugian melebihi RM40 juta akibat kebakaran yang berlaku di gudang penyimpanan kabel elektrik milik syarikat utiliti itu di Batu 7 Jalan Tuaran, Sabah petang semalam.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Pengerusi SESB Datuk Seri Madius Tangau berkata, kebakaran itu bermula tengah hari yang membabitkan keluasan 1.2 hektar di mana kawasan tersebut menempatkan kira-kira 500 gulungan kabel milik SESB.

Foto: FB Wilfred Madius Tangau

“Kabel yang ditempatkan di stor terbuka ini adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri dan kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.
“Luas kawasan yang terbakar lebih kurang tiga ekar (1.2 hektar), tapi ada juga kabel yang dapat diselamatkan dengan anggaran awal kerugian sebanyak RM40 juta,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran belum dikenal pasti sehingga kini dan SESB terpaksa menempah semula kabel khususnya untuk penyambungan bekalan elektrik ke rumah akibat daripada kebakaran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Wilfred Madius Tangau

Madius turut memberitahu  bahawa operasi memadam kebakaran dilakukan  kira-kira 60 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Lintas dan Penampang dan menghadapi masalah bekalan air semasa operasi tersebut.

“Pada mulanya menggunakan pili bomba tapi habis air, lepas itu sedut air di parit berhampiran, hanya 40 minit saja air di parit juga habis.
“Lepas itu bomba terpaksa mengambil air dari Sungai Manggatal sejauh kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kebakaran. Kalau tekanan air tidak kuat, api di bahagian luar padam, tapi di dalam masih ada api,” ujarnya.

Beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai kejadian malang kerana memusnahkan kelengkapan prasarana elektrik dan juga mengakibatkan jumlah kerugian yang besar kepada SESB.

Foto: FB INFO X

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, SESB telah membuat penutupan kecemasan bekalan elektrik di beberapa lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaiki, mengganti, menaik taraf dan penyambungan baharu wayar elektrik di kawasan terbabit.

Sumber: Harian Metro (Izwan Abdullah)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd