Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KDA FC Terima Permohonan Peletakan Jawatan Mohd Nafuzi

Kelab pengurusan kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan telah menerima permohonan peletakan jawatan ketua jurulatih, Mohd Nafuzi Zain semalam.

Foto: Facebook Kedah Darul Aman FC

Menurut laporan BERNAMA, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin menjelaskan bahawan permohonan tersebut telah dipertimbang oleh pemilik, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kelab tersebut.

Shahrul berkata pihak mereka berat hati untuk menerima, namun menghormati keputusan peletakan jawatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejak bersama pasukan pada Disember 2022 hingga sekarang, beliau (Mohd Nafuzi) telah menunjukkan mutu kerja yang sangat tinggi, komited serta jitu,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Facebook Kedah Darul Aman FC

Kejayaan meraih tempat keempat Liga Super 2023 pada tahun pertama kendalian Mohd Nafuzi bersama-sama pasukan serta peringkat Separuh Akhir Piala FA 2024 merupakan pencapaian terbaiknya semasa bersama KDA FC.

Kelab bola sepak tersebut turut mengucapkan terima kasih atas jasa Mohd Nafuzi selama berkhidmat dan mendoakan kejayaan beliau dalam karier pada masa akan datang.

“Pihak pemilik, ahli lembaga pengarah serta pengurusan KDA FC juga mengumumkan bahawa Victor Andrag dilantik menjadi Ketua Jurulatih Interim pasukan Liga Super Kedah bermula 25 November.
“Pihak pengurusan akan menilai serta membuat keputusan dari semasa ke semasa mengenai calon ketua jurulatih pasukan yang tetap berikutnya, mengikut keperluan pasukan untuk bersaing dalam baki kancah Liga Malaysia 2024/2025,” katanya.

Baru-baru ini, timbul desas-desus bahawa Mohd Nafuzi dikatakan bakal menggalas jawatan sebagai ketua jurulatihan skuad bawah 233 tahun (B-23) negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Nafuzi mula membimbing Kedah sejak 2023 selepas meninggalkan Terengganu FC, selepas tiga musim bergelar ketua jurulatih pasukan Pantai TImur tersebut.

Sumber: BERNAMA

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd