Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

10 Minit Di Angkasa Lepas, Katy Perry Cium Tanah Selepas Mendarat

Selebriti Hollywood, Katy Perry bersama lima individu lain berjaya ke angkasa lepas, menjadikannya misi angkasa pertama yang sepenuhnya dianggotai oleh wanita dalam lebih 60 tahun.

Katy Perry cium tanah selepas mendarat

Katy Perry

Foto: newarkadvertiser

Menurut laporan MSN, misi tersebut dilaksanakan menggunakan roket yang dibangunkan oleh Blue Origin, syarikat angkasa milik Jeff Bezos yang juga pengasas Amazon.

Selain Katy Perry dan tunang Jeff iaitu Lauren Sanchez, krew misi ini turut disertai oleh beberapa tokoh terkenal termasuk pengacara CBS News, Gayle King, bekas saintis roket NASA, Aisha Bowe, aktivis hak asasi manusia, Amanda Nguyen dan penerbit filem Kerianne Flynn.

Mereka semua menjadi sebahagian daripada sejarah besar ini, yang mengingatkan kita bahawa wanita kini semakin mengukir nama dalam bidang yang dulunya didominasi oleh lelaki dan ini adalah misi angkasa wanita kedua dalam sejarah, selepas penerbangan pertama yang berlaku pada tahun 1963.

Katy Perry

Foto: MSN

Pelancaran roket ini berlangsung pada jam 8:30 pagi waktu tempatan, selama kira-kira 10 minit di ruang angkasa sebagai sebahagian daripada misi NS-31.

Walaupun perjalanan ini hanya berlangsung sekitar 10 minit, pengalaman yang dirasai oleh mereka yang terlibat adalah luar biasa malah, dalam tempoh empat minit di angkasa itu mereka dapat menyaksikan Bumi dari perspektif yang tidak pernah dialami oleh kebanyakan orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas misi tersebut, Lauren Sanchez mengungkapkan perasaannya dengan berkata Bumi kelihatan sangat tenang.

Artikel lain: Dicipta Di Jepun, Satelit Kayu Pertama Dunia Dihantar Ke Angkasa

Bayangkan, terbang ke angkasa dan melihat dunia dari jauh, pasti memberi perasaan yang sangat berbeza. Perasaan tenang yang sukar digambarkan, jauh dari hiruk-pikuk kehidupan seharian. Bukan senang untuk dapat merasai pengalaman sebegini, apatah lagi untuk wanita.

Penyanyi lagu Dauk Horse itu pula tidak kurang mengagumkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah puncak tertinggi yang pernah saya alami,” katanya.

Dia turut berkongsi bagaimana pengalaman ini membuatkan dirinya merasa lebih dekat dengan alam semesta, menyerah pada yang tidak diketahui.

Katy Perry

Foto: aol.com

Katy Perry juga sempat menyanyikan lagu “What a Wonderful World” ketika berada di angkasa.

Siapa sangka, dari angkasa, lagu ini terasa lebih bermakna, penuh dengan perasaan syukur dan kekaguman terhadap dunia yang kita diami.

Meskipun misi ini hanya berlangsung sebentar, namun perjalanan ini memberikan kesan yang sangat mendalam kepada mereka yang terlibat dan mereka pulang ke Bumi dengan penuh rasa syukur, mengenangkan betapa kecilnya kita di hadapan alam semesta yang begitu besar dan penuh misteri.

Sumber: MSN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd