Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Dilanggar MPV Ketika Menunggang Basikal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika menunggang basikal berhampiran Surau Pak Mahat, Perumahan Rakyat Pak Mahat, Jalan Tanjung Lumpur di Kuantan, pada Isnin.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa, Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat kecederaan parah yang dialami.

kanak-kanak

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai melanggar mangsa yang sedang menunggang basikal di kawasan perumahan berkenaan.

Artikel lain: Kanak-Kanak Dipukul Guna Tukul Oleh Bapa Saudara Meninggal Dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan awal mendapati, MPV tersebut datang dari arah Perumahan Rakyat Pak Mahat menuju ke Jalan Tanjung Lumpur. Ketika membelok ke kiri, pemandu dipercayai tidak menyedari kehadiran kanak-kanak itu yang berada di tengah jalan sebelum berlaku pelanggaran,” katanya.
kanak-kanak

Foto: FB PraTahfiz Pasti Fawwaz

Menurutnya, mangsa yang parah segera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.24 pagi Selasa.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro (Asrol Awang)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd