Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut , Ibu Tertinggal Lebih Tujuh Jam Dalam Kereta

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, Petaling Jaya, pada Rabu, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ibu mangsa pada jam 3.49 petang dengan menyatakan anaknya tidak sedarkan di rumah.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.

“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.
“Ibu mangsa kemudian terus pulang ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

tertinggal dalam kereta

Artikel lain: Terlupa Hantar Ke Pusat Asuhan, Bayi 16 Bulan ‘Pergi’ Selepas Tertinggal Dalam Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa di bawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan, namun telah disahkan meninggal dunia.

“Proses bedah siasat akan dijalankan pada Khamis,”ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan mana-mana individu yang

Orang ramai supaya sentiasa peka dan lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd