Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis – Pandelela

Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.

Namun demikian beliau berkata sehingga kini, Malaysia masih belum mempunyai kumpulan pelapis yang mampu menyaingi mereka serta atlet antarabangsa, dan beliau masih mahu memikul tanggungjawab sebagai penerjun negara.

Bersara jika ada atlet pelapis

Artikel lain: Pandalela Rinong & Dhabitah Sabri Terlepas Tiket Beraksi Di Olimpik Paris 2024

“Bagi kami, hendak bersara boleh, tetapi atlet pelapis kena berjaya menang mengatasi kami, baru mereka ada peluang untuk lawan dengan penerjun luar negara.
“Saya boleh kata untuk acara saya (10 meter (m)  platform), jurangnya masih jauh. Sekarang ini saya kena tengok atlet pelapis dahulu, peranan saya sekarang ialah mengisi kekosongan dalam pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Pandelela, 30, berkata atas sebab itu, walaupun gagal untuk menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kejohanan Akuatik Dunia, Doha baru-baru ini, beliau masih belum berhasrat menamatkan karier  sebagai penerjun negara meskipun gagal menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016, gagal menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, setelah terkandas awal dalam acara 10m platform individu wanita  dan menamatkan  acara 10m platform seirama di tempat ke-12 bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri.

Dalam pada itu, Pandelela berkata program pembangunan sukan terjun perlu diperkuat, bagi mencari kumpulan pelapis yang ‘ampuh’ untuk mewakili negara pada masa depan.

Beliau berkata sebelum ini, dia telah memberi amaran apabila acara terjun wanita dibatalkan di Sukan Malaysia (Sukma), namun ia seolah-olah tidak didengari pihak berkenaan.

Sementara itu, Nur Dhabitah mengakui kecederaan triseps yang dialami menjadi punca utama beliau tidak beraksi cemerlang di Doha baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mengalami triseps tertarik, nak peluk kaki pun tak boleh. Ia terjadi semasa hari pertama latihan di Doha. Apatah lagi air sejuk, mereka tidak sediakan air panas untuk penerjun,” katanya.

Selain tidak beraksi cemerlang bersama Pandelela, Nur Dhabitah turut menampilkan aksi hambar apabila gagal menyerlah dalam acara kegemarannya 3m papan anjal, setelah berada di kedudukan ke-24 dengan 238.15 mata.

Bagi acara 3m papan anjal seirama, Nur Dhabitah yang bergandingan bersama Wendy Ng hanya meraih 258.30 mata untuk berada di tempat kesembilan, sekali gus gagal mara ke pentas final.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Lokal

Pihak polis menyerbu sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu yang dipercayai mengadakan perjumpaan makan-makan sekumpulan individu sejenis yang melibatkan hampir 100 penyertaan. Serbuah...

Lokal

Sekitar 15,000 peserta dijangka turun padang dalam perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini, dengan lebih 2,000 anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd