Warga emas yang dikenali sebagai Kak Cik Yah dilihat memuat naik momen pergi membeli perkakas dapur baru selepas video-video berkongsi resepi masakannya tular di media sosial.
Menerusi perkongsian warga emas berusia 74 tahun itu, dia telah memuat naik momen sewaktu berada di kedai barangan elektrik dan juga perkakas dapur bersama wakil dari jenama makanan popular.
@kakcikyah4 Hari ini jalan-jalan dengan cucu cucur istimewa
‘Cucu-cucu istimewa’ bawa beli perkakas dapur
Dalam kapsyen yang disertakan, Kak Cik Yah memaklumkan yang dia sedang keluar bersama cucu-cucu istimewa bagi melihat barang-barang yang hendak dibeli.
“Hari ini jalan-jalan dengan cucu-cucu istimewa,” tulisnya.
Sempat lagi review kedai waktu beli perkakas dapur baru
Warga emas berkenaan terlihat teruja apabila berkongsi pelbagai barangan yang dijual di kedai tersebut sebelum memilih sudip yang diinginkan untuk memasak kelak.
Artikel lain: Netizen Bangga Orang Korea Makan Sate, Dimasak Rakan Sekerja Dari Malaysia
Rasa macam tengah video call dengan nenek sendiri
Perkongsian Kak Cik Yah telah menarik perhatian ramai apabila masing-masing seronok melihat konten yang dikongsikan warga emas berkenaan kerana terasa seperti sedang bercakap dengan nenek sendiri.
Mereka juga memberikan sokongan kepada Cik Yah untuk terus menghasilkan konten memasak dan mengulas kedai-kedai dikunjungi.
Rezeki Kak Cik Yah
Comelah Cik Yah ni!
Terdahulu, jenama makanan popular itu telah datang berkunjung ke kediaman Cik Yah selepas dia tular di media sosial menghasilkan konten memasak.
Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah cara warga emas itu yang memuat naik konten tanpa meyunting dahulu seperti kebiasaan pempengaruh di media sosial.
Sumber: TikTok kakcikyah4
