Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kadar Kesuburan Global Dilaporkan Menjunam, Faktor Ekonomi Antara Punca

Satu kajian baru memaparkan bahawa kadar kesuburan global, yang telah menurun di semua negara sejak 1950, akan terus menjunam sehingga akhir abad ini sehingga mengakibatkan perubahan demografi yang mendalam.

Menurut laporan CNN Health, di peringkat global, jumlah itu telah meningkat daripada 4.84 pada tahun 1950 kepada 2.23 pada tahun 2021 dan akan terus menurun kepada 1.59 menjelang tahun 2100 berdasarkan Kajian Beban Global Penyakit, Kecederaan dan Faktor Risiko 2021 yang diketuai oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) di Universiti Washington.

“Faktor ekonomi seperti kos langsung membesarkan anak, tanggapan risiko kematian kepada kanak-kanak dan perubahan nilai kesaksamaan jantina dan pemenuhan diri adalah semua kuasa yang mungkin menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan. Sumbangan relatif faktor-faktor ini berbeza mengikut masa dan mengikut negara,” kata Dr Gitau Mburu, saintis di Jabatan Kesihatan dan Penyelidikan Seksual dan Reproduktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dalam pada itu, pengarang kanan kajian dan pengarah IHME, Dr Christopher Murray berkata, terdapat banyak sebab untuk peralihan ini berlaku, termasuk peningkatan peluang untuk wanita dalam pendidikan dan pekerjaan serta akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kontraseptif dan kesihatan reproduktif.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dunia secara serentak menangani ‘baby bloom’ di sesetengah negara dan ‘penurunan ketara sementara dalam kelahiran bayi’ di negara lain.
“Kita sedang berdepan perubahan sosial yang mengejutkan melalui abad ke-21,” ujar Dr Christopher.

Sehubungan dengan itu, penyelidik IHME iaitu Natalia Bhattacharjee berkata, situasi itu memberi implikasi sangat besar khususnya negara-negara kecil.

Trend masa depan bagi kadar kesuburan dan kelahiran akan mengkonfigurasi semula sepenuhnya ekonomi global dan keseimbangan kuasa antarabangsa dan memerlukan penyusunan semula masyarakat.
“Apabila hampir setiap penduduk negara semakin berkurangan, kebergantungan kepada penghijrahan terbuka akan menjadi keperluan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.” jelas Natalia.

Walau bagaimanapun, pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa supaya lebih berhati-hati dalam melihat unjuran itu dan menegaskan terdapat faedah mempunyai populasi yang lebih kecil, seperti bagi tujuan perlindungan alam sekitar dan keselamatan makanan yang lebih baik.

Sumber: CNN Health

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd