Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beranak Rentung Dalam Kebakaran, Juruukur Didakwa Bunuh Ibu Kandung Dan Adik Angkat

Seorang juruukur berusia 23 tahun didakwa membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth, pada 10 Disember lalu.

Juruukur berdepan hukuman mati

Menurut laporan Sinar Harian, Daniel Qayyum Kamalrolzlan, yang hadir ke mahkamah berbaju T biru, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Balqis Roslin pada pagi Jumaat.

Juruukur

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, juruukur itu didakwa membunuh Hayani Yaakob, 51, ibu kandungnya, manakala pertuduhan kedua membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, yang merupakan anak angkat mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Rentung Dalam Kereta Terbakar, Mangsa Rupanya Pasangan Kekasih

Kesalahan itu didakwa berlaku di No 4, Lorong Nakhoda 5, Taman Teluk Air Tawar pada jam 9.45 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, selain sebatan minimum 12 kali jika sabit kesalahan.

Juruukur

Pegawai pendakwa, Inspektor Nor Idayu Yusoff, memaklumkan Mahkamah Majistret tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan jaminan terhadap kes bunuh. Majistret kemudian menangguhkan kes sehingga 29 Januari bagi menunggu laporan bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, suspek yang juga anak lelaki mangsa direman hingga 25 Disember bagi membantu siasatan.

Menurut laporan sebelum ini, seorang wanita bersama anak angkatnya ditemukan rentung manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kebakaran sebuah rumah sewa mereka pada jam 9.41 pagi.

Juruukur

Foto: Sinar Harian

Kebakaran berlaku di sebuah rumah berkembar kelas A dengan anggaran kemusnahan 85 peratus.

Mangsa lelaki yang berusia 20-an berjaya dibawa keluar dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya, manakala dua mangsa lain, iaitu wanita dan anak angkatnya, ditemukan rentung di ruang tamu berhampiran pintu keluar utama pada jam 10.59 pagi.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd