Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Operasi Khas JPJ: 18 Penumpang Bas Dikesan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengesan 18 kes penumpang bas ekspres dan bas persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar dalam satu operasi khas yang dijalankan semalam.

JPJ kenakan kompaun

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam memaklumkan pemeriksaan melibatkan 18 buah bas, terdiri daripada 14 bas ekspres dan empat bas persiaran dan hasil pemeriksaan mendapati dua daripada kesalahan tersebut melibatkan individu di bawah usia 18 tahun dan hanya diberikan nasihat serta advokasi.

jpj

Foto: Berita Harian

Sementara itu, 16 penumpang dewasa dikenakan kompaun sebanyak RM300 setiap seorang.

“Bermula hari ini (semalam), JPJ Kedah melaksanakan penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan bas persiaran.
“Ia selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-kanak) 1978 Pindaan (2008),” katanya.

Artikel lain: JPJ Ambil Tindakan, Saman Dua Pemandu Bas Tular Di TikTok

Beliau turut menjelaskan bahawa penumpang boleh membuat aduan kepada pemandu sekiranya tali pinggang keledar dalam keadaan rosak atau tidak berfungsi sebelum perjalanan bermula.

Advertisement. Scroll to continue reading.
jpj

Foto: Carian Google

Tambahnya lagi, pengusaha bas juga mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan aspek keselamatan dipatuhi.

Bas yang mula beroperasi selepas 1 Januari 2020 diwajibkan untuk dilengkapi dengan tali pinggang keledar, manakala bagi bas yang dibina sebelum tarikh tersebut, penyediaan kemudahan tali pinggang keledar amat digalakkan.

Sumber: Berita Harian Online (Zuliaty Zulkiffli)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd