Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Johor Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Bermula RM4,000 – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan Johor akan menjadi negeri pertama untuk menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000.

Foto: Instagram HRH Crown Prince of Johor

Menerusi satu kenyataan di laman X, baginda bertitah tawaran gaji itu diberi kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.

Baginda turut memaklumkan sebuah syarikat di bawah Kerajaan Negeri Johor, Johor Plantations Group Berhad (JPG) telah menandatangani perjanjian kerjasama melibatkan pembinaan sebuah kilang pengoperasian penapisan minyak sawit dan penghasilan lemak khusus di Johor yang memerlukan pelaburan permulaan bernilai RM500 juta dengan firma Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X HRH Crown Prince of Johor

Menurut Tunku Ismail, Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan perbincangan dengan 83 syarikat ternama dari Korea Selatan dimana hasil daripada pertemuan ini dijangka akan membawa masuk pelaburan strategik bernilai sekitar AS$190 juta ke negeri Johor sebagai usaha mempromosikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun yang akan datang,” titahnya.

Baginda turut memaklumkan Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf dalam masa terdekat sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru.

“Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19,” titah Tunku Ismail lagi.

Sumber: X HRH Crown Prince of Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd