Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jemaah Masjid Guna Tong Plastik, Redah Banjir Untuk Tunai Solat Jumaat

Walaupun kawasan ditenggelami air banjir sejak malam kelmarin namun, ia tidak menghalang lebih 300 jemaah Masjid Tuan Hussein untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut laporan Berita Harian, ahli jawatankuasa masjid berkenaan dibantu sukarelawan mengambil inisiatif menolak jemaah menggunakan tong plastik bagi memudahkan warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) meredah banjir yang memenuhi kawasan masjid untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Foto: Wan Nabil Nasir (Berita Harian)

Pendekatan itu diambil selepas melihat idea penduduk setempat yang menggunakan tong sebagai medium pengangkutan untuk kembali ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan sementara (PPS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, ruang solat utama tidak terjejas disebabkan kedudukannya tinggi meskipun air menaiki kawasan masjid kira-kira 0.5 meter.

“Disebabkan itulah, kami memutuskan untuk terus menunaikan solat di masjid ini hanya pada waktu solat Jumaat saja,” katanya.

Foto: BERNAMA

Hasil penggunaan tong tersebut telah banyak membantu jemaah dengan lebih 300 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di masjid ini.

Pada awalnya, setiausaha masjid, Musa Bari berhasrat untuk menggunakan perahu bagi mengangkut jemaah ke masjid namun, lebih memilih tong plastik selepas melihat keberkesanannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penggunaan perahu tidak sesuai di kawasan cetek dan menyebabkan jemaah warga emas basah kerana perlu meranduk air. Jadi kami ambil keputusan untuk menggunakan tong biru ini kerana permukaan bawahnya lebih rata,” katanya.

Foto: BERNAMA

Dalam pada itu, salah seorang warga emas di kawasan terbabit, Mohamad Fauzi Rejab luah rasa kagum dengan tindakan dan usaha pihak masjid memudahkan urusan jemaah untuk menunaikan ibadah.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd