Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jawatan KP JKOM Akan Diisi Secepat Mungkin – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diisi secepat mungkin susulan peletakan jawatan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata beliau dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM (Komunikasi Komuniti), Datuk Ismail Yusop berhubung perkara itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas khidmatnya dan berkata Mohammad Agus kini tiada lagi apa-apa kaitan dengan pihak kerajaan atau J-KOM.

Jawatan JKOM

Artikel lain: Exco Wanita PKR Minta Henti Sebar Video Perbualan Aib Dua Individu

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada media Malaysia pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Mohammad Agus.

Mohammad Agus semalam mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri pada Rabu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan di J-KOM yang disandang sejak 2 Februari lalu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan...

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Lokal

Seorang wanita warga asing berusia 24 tahun diberkas polis selepas disyaki memandu secara berbahaya, melanggar tiga penunggang motosikal dan kemudian menyerang orang awam dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd