Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAIPs Panggil Ustaz Wadi Annuar, Dipercayai Beri Ceramah Tanpa Tauliah Di Perlis

Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) akan memanggil pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar selepas beliau dipercayai terlibat dalam program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang tanpa mendapat tauliah dari Jabatan Mufti Perlis.

Penguatkuasa dihalang bertemu Ustaz Wadi

Memetik laporan dari Harian Metro, pihak JAIPs telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kangar selepas penguatkuasa dihalang oleh penganjur daripada bertemu dengan Ustaz Wadi bagi mendapatkan keterangan berhubung tindakan berceramah di negeri itu.

Alasan program diadakan di premis persendirian

Dalam pada itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan yang pendakwah dan penganjur program tersebut dikehendaki hadir untuk diambil keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April ini dan proses tindakan undang-undang akan dijalankan secara sivil dan syariah.

“Kita (Jabatan Mufti Negeri Perlis) yang keluarkan tauliah dan JAIPs yang melaksanakan penguatkuasaannya dan dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Perlis, pihak berkenaan (Ustaz Wadi Annuar) sudah ditawarkan dan dipelawa memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dulu, jadi dia pohonlah dulu tauliah itu.
Kita hendak tengok juga siapa yang dia hendak ceramah tetapi dia enggan malah semasa dua kali perjumpaan bersama JAIPs juga sudah ditegaskan supaya minta tauliah tetapi dia tetap enggan dengan alasan tersendiri seperti ceramah itu dilakukan di premis peribadi dan sebagainya.
“Oleh hal demikian, apabila peristiwa ini berlaku, kita tengok ia sudah sampai ke tahap yang mana toleransi kita selama ini dianggap sebagai ruang mempersendakan peraturan apatah lagi selepas dikeluarkan titah oleh Raja Perlis dan pemerintah di negeri lain mengenai tauliah,” katanya.

Bukan tahan cuma nak ambil keterangan

Ujarnya lagi, ketika itu, penguatkuasa JAIPs bukanlah mahu menahan Ustaz Wadi Annuar, tetapi cuma ingin mendapatkan keterangan dari pihaknya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun, tindakan itu dihalang hadirin dengan cara yang tidak terhormat meskipun terdapat anggota polis yang hadir mengawal.
“Apa yang mendukacitakan juga adalah ada yang mengeluarkan perkataan kafir kepada pihak berkuasa agama dan ini adalah satu hal yang tidak wajar terutama kita ketika dalam Ramadan kerana kita mempunyai peraturan di semua tempat,” katanya.

Dr MAZA juga mempersoalkan alasan pendakwah terbabit yang mengatakan ceramah dibuat atas premis persendirian menyebabkan dia tidak perlu mendapatkan tauliah dari Jabatan Mufti Perlis.

“Apa maksudnya premis peribadi atau persendirian ini kerana semua premis mempunyai nama pemilik pada tanah. Sembang santai yang dimaksudkan ialah memberi ceramah santai kepada keluarga seperti isteri dan anak dalam skala kecil.
“Namun apabila diadakan dengan poster yang memanggil muslimin dan muslimat datang, tidak mungkin itu semua keluarga terdekatnya, ini juga satu penghinaan kepada pemikiran kita supaya diperbodohkan dengan isu ini,” katanya.

Tegas Dr MAZA lagi isu penceramah tanpa tauliah bukanlah isu setempat sahaja tetapi meliputi seluruh negara dan ia bukan perbahasan baru lagi.

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd